Write to us
enquiry@myfinb.com
Call us
+65 6978 4048 (SG)
+60 19-919 9149 (MY)

FAQ

LSXAI Frequently Asked Questions

LSxAI Special Promo

Pakej ini adalah untuk tempoh masa tiga bulan di mana setiap peserta dapat perolehi manfaat laporan AI, latihan berkumpulan (3 sesi) dan bantuan digital secara email/WhatsApp tentang portfolio anda (12 sesi).

Pakej ini dibentuk supaya dalam masa 3 bulan, setiap peserta boleh dilengkapi dengan pengetahuan tentang pengurusan syarikat dan dinamik harga saham.

Pakej kombinasi yang ditawarkan adalah paling sesuai kerana adanya latihan, profil risiko anda untuk mengetahui stok-stok yang serasi dengan matlamat anda, dan juga bantuan talian untuk membimbing perjalana anda di bidang saham.

Menerusi pakej “kombo”, terdapat satu laporan profil risiko (ROAR) anda di mana sistem akan memberi senarai syarikat atau kaunter yang sesuai untuk anda boleh pelajari lebih mendalam menerusi latihan berkumpulan dan juga bantuan talian email dan WhatsApp.

View Sample ROAR report: click here.

Ye, anda boleh membuat tempahan pakej yang dimaksudkan. Akaun CDS anda tidak bergantung pada pakej yang kami tawarkan. Namun, oleh kerana pakej yang ditawarkan menganalisis sekurang-kurangnya 3 saham setiap bulan berdasarkan saham yang dimiliki anda, kami perlu melihat “statement CDS” anda atau “statement broker” seandainya anda berhasrat untuk menukar portfolio melebihi tiga stok dalam satu bulan dan dua bulan seterusnya.

Ia akan bermula di bulan Julai 2021 dan seterusnya, bersamaan dengan analisis portfolio saham peserta.

Pakej yang ditawarkan untuk pemegang saham sekurang-kurangnya melibatkan 3 saham. Tetapi jika anda ingin menambah jumlah saham, harga tambahan akan dikenakan. Contohnya, jika anda memiliki 10 saham, anda perlu membeli 7 laporan tambahan berdasarkan harga satu unit untuk peserta AAA bernilai RM66 setiap syarikat untuk laporan CDSI and RM15 untuk laporan SITI bagi setiap syarikat, dan sebagainya.

Sistem akan menilai saham-saham yang anda miliki sekarang dan memberi senarai saham-saham yang boleh dipelajari menerusi sistem ROAR mengikut profil risiko anda.

Pengeluaran laporan SITI dan CDSI adalah berdasarkan harga tutup pada hari sebelumnya dan dihantar kepada anda sebelum pembukaan pasaran untuk hari keesokannya.

CDSI dan SITI tidak sesuai untuk digunakan untuk “intraday trading”. Ini adalah kerana kedua-dua sistem ini menggunakan analisis fundamental dan pulangan-risiko berdasarkan strategi-strategi syarikat. Proses meneliti kesan atau impak strategi mereka terhadap harga saham mengambil masa.

Setiap syarikat yang diproses oleh sistem berdasarkan isu-isu fundamental, risiko-risiko dan strategi-strategi. Setiap syarikat sangat berbeza berbanding dengan yang lain.

Syarikat-syarikat mengambil masa untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi mereka – dari 2 bulan sehingga 2 tahun. Sistem dapat mengetengahkan apa syarikat-syarikat perlu tumpu pada bagi menyelesaikan isu-isu yang dihadapi supaya harga saham syarikat boleh meningkat (akibat sentimen positif dan reaksi pasaran yang positif.

Sebab itu, pakej yang disarankan memberi perkembangan semasa untuk setiap saham yang dipegang oleh anda – setiap minggu dan bulan untuk “update” laporan saham anda di dalam portfolio selamat tiga bulan. Pakej ini boleh diteruskan setiap 3 bulan.

Dari masa ke masa, kami membuat “update” ke atas algorisma kami. Sistem SITI yang kami tawarkan bersama pakej baru ini, juga akan menambah ciri-ciri baru bagi para pengguna.

Kandungannya sudah tentu berubah kerana maklumat sesebuah syarikat dari segi kewangan dan operasi banyak berubah. Dari segi “format” , pihak kami akan “upgrade” dengan ciri-ciri baru untuk memberikan pelajaran yang lebih efektif bagi pengguna.

Dikongsikan tiga jenis laporan berasaskan AI yang boleh digunakan para pelabur: SITI, CDSI dan ROAR.

1. SITI – melaporkan “fundamental” syarikat dan kedudukan kewangan dan isu-isu yang dihadapi oleh syarikat itu (syarikat / kaunter individu).

2. CDSI – menganalisis saham secara berkumpulan (portfolio saham) dan memberi penjelasan  tentang stok saham yang dipilih atau yang akan dipilih oleh anda menerusi saranan sistem.

3. ROAR –  memberi diagnosis mengenai profil anda sebagai pelabur dan “style” atau tahap risiko yang sesuai dengan profil anda.

Tawaran ini adalah khusus bagi peserta dan alumni AAA. Pakej kombo istimewa (Pakej CDSI dan Pakej SITI + CDSI ini termasuk laporan dan latihan berkumpulan dan interaksi digital secara individu pada setiap minggu.

Should you have any questions, please feel free to contact us at ceai@myfinb.com or hotline / Whatsapp +60 19-919 9149 (Mr Lim), +60 16-466 0690 (Ms Ammar) and +65 9627 9757 (Ms Hamizah)

FEATURED EVENT